Anda di sini

PSB

Advertisement

Hanya diterima masuk jika dapat persetujuan tiga perempat

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPP di sini, hari ini. Turut kelihatan Wong (kiri).

KUCHING: Penerimaan mana-mana parti baharu untuk menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mendapat persetujuan tiga perempat parti komponen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS akan menerima mana-mana parti baharu jika mendapat persetujuan 75 peratus daripada gabungan yang terdiri daripada empat parti itu.

"Asalkan tiga perempat bersetuju, ia tidak lagi bersandar persetujuan secara konsensus ... bukan seperti Barisan Nasional (BN) dahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Luar Biasa Rakyat Bersatu (UPP) yang dihadiri Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh di sini, hari ini.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) diumumkan pada 12 Jun 2018 berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Ditanya mengenai pelawaan rasmi oleh GPS kepada UPP, Abang Johari berkata, ia akan dipertimbangkan apabila tiba masanya.

"Apapun buat masa ini saya ya cuma dapat menyatakan, kita akan pertimbang bila tiba masanya (penyertaan UPP).

"Saya akan maklumkan nanti pada satu masa yang sesuai," katanya.

Pada persidangan berkenaan UPP dijangka akan menggunakan nama dan logo baharu iaitu Parti Sarawak Bersatu sebaik sahaja resolusi persidangan diluluskan nanti.

Mengenai permohonan daripada UPP menyertai GPS, Abang Johari berkata: "Anda (pemberita) tanya mereka (UPP)."

Beliau berkata bagi pelancaran rasmi GPS, satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Januari nanti.

Pada Pilihan Raya Negeri Kesebelas (PRN11) 2016, UPP yang merupakan parti serpihan SUPP bertanding atas tiket calon langsung BN dengan menampilkan tujuh daripada 13 calon langsung BN.

Tujuh wakil UPP bertanding sebagai calon langsung BN kerusi Mambong (Datuk Dr Jerip Susil), Opar (Datuk Ranum Mina) Engkilili (Dr Johnical Rayong Ngipa), Dudong (Datuk Tiong Thai King), Bawang Assan (Dato Sri Wong Soon Koh), Pelawan (Datuk Janet Lau) dan Pujut (Datuk Hii Kong Chiong).

Daripada tujuh kerusi berkenaan, UPP memenangi lima kerusi iaitu Mambong, Opar, Engkilili, Dudong dan Bawang Assan.

Kemenangan itu juga menyaksikan UPP turut diwakili dalam kabinet negeri oleh dua wakil rakyatnya iaitu  Wong sebagai Menteri Kewangan Kedua juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan serta Dr Jerip yang merupakan Menteri Muda Pengangkutan.

Selepas GPS diumumkan kelulusan pendaftarannya juga, UPP menyatakan pendirian mereka untuk terus memberi sokongan kepada gabungan dengan menyifatkan mereka sebagai mesra GPS.

Pada 19 November lepas, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menggulung perbahasan kementerian peringkat dasar Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pendaftaran GPS.
 

  • oleh
  • UPP diterima dalam GPS enti tiga perempat kaban gempung setuju

    Abang Johari (kanan) betabi jari enggau Wong rambau bejadi EDC UPP di Kuching sehari tu. Bela dipeda Dr Jerip (tengah).
    Abang Johari (kanan) betabi jari enggau Wong rambau bejadi EDC UPP di Kuching sehari tu. Bela dipeda Dr Jerip (tengah). - Gambar Muhammad Rais Sanusi

    Dikarang Chris Bishop 

    KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) ulih diterima dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) enti tiga perempat kaban dalam gempung nya setuju.

    Netapka pekara nya, Kepala Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg madah pemutus nya enda bepelasarka konsensus.

    "Diatu kitai bedau ngaga sebarang pemutus, enti udah datai maya nya ila aku deka madah.

    "Ulih diterima enti tiga perempat kaban dalam GPS setuju alai pemutus tu enda bepelasarka konsensus baka barisan (Barisan Nasional)," ku iya.

    Abang Johari mansutka jaku nya lebuh ditanya pemberita pengudah bejadi 'Extraordinary Delegate Conference' (EDC) Parti Rakyat Bersatu di Crown Square ditu sehari tu.

    EDC ke diatur nya disadang ngemendar resolusyen Parti Rakyat Bersatu (UPP) nukar nama nyadi Parti Sarawak Bersatu (PSB) alai parti mega ngelanchar logo baru. 

    Ngenang kaul ke sama, iya ke mega Chairman GPS bedau deka nyaut tanya pemberita sekalika UPP bisi dipinta nyemilik GPS.

    Ba jaku bejadi EDC dulu agi ari nya, Abang Johari muji UPP ti udah nusun baru kuing parti lalu nguna nama PSB.

    Ku iya, UPP ke nyadi PSB udah ngatur diri ngambi ulih nitihka chara politik maya ke diatu.

    "Reti nya parti tu enda diau diri pia aja tang deka majak mansang ke mua," ku Abang Johari.

    Chairman Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) nya netapka kuing tetiap politik sigi bepelasarka rayat, iya nya meri pengelantang ngagai rayat.

    Kitai (parti politik) ku iya gawa ungkup rayat ngambika rayat ulih ngangkatka ikas pengidup sereta ngasaika pengelantang ba pengidup.

    "Dikena nentuka juluk nya dijapai, kitai meseti ngerembaika ekonomi nengeri.

    "Pengawa ekonomi tu udah tentu deka meri empas ke manah lalu ngangkatka ikas pengidup rayat," ku iya.

    Bela datai Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh, Sekretari Besai George Lo, Sapit Presiden Datuk Jerip Susil enggau Ketuai Bagi Nembiak Dr. Johnical Rayong.
     

    Advertisement