Anda di sini

Jeffery dipilih Pengerusi Parti Impian Sabah Bahagian Elopura

Advertisement
 Barisan baharu jawatankuasa Parti Impian Sabah Bahagian  Elopura sesi 2024-2026.
ALBUM: Barisan baharu jawatankuasa Parti Impian Sabah Bahagian Elopura sesi 2024-2026.


SANDAKAN: Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Parti Impian Sabah Bahagian  Elopura sebulat suara bersetuju memilih Jeffery Chung Cheong Yung sebagai Pengerusi baharu untuk sesi 2024-2026.

Keputusan itu dilakukan pada mesyuarat yang diadakan di sini pada Ahad lepas.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden I, Rakman Sakmad, dan Setiausaha Agung, Roslan Madali.

Jeffery dalam ucapannya berkata, kejayaan mesyuarat yang diadakan itu dengan kehadiran perwakilan dari seluruh cawangan menandakan kesiapsiagaan pihaknya untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
 

  • oleh
  • Advertisement