Anda di sini

David bertemu dengan Ewon bincang isu perniagaan

Advertisement
 Ewon (kiri) dan David (tengah) ketika dalam pertemuan itu.
BINCANG: Ewon (kiri) dan David (tengah) ketika dalam pertemuan itu.


KOTA KINABALU: Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah David Chan mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick di sini baru-baru ini.

Pertemuan itu khusus bagi membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi pengusaha industri kecil dan sederhana di sini.

Dalam pertemuan itu, Ewon menjelaskan kementeriannya sentiasa memberikan sokongan penuh kepada usahawan negara ini khususnya yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana di wilayah ini.

Katanya, untuk Sabah sahaja sehingga kini, sejumlah RM730 juta bantuan kewangan telah disalurkan kepada para usahawan yang terjejas perniagaan akibat pandemik COVID-19.

David dalam pada itu,  menghargai semua usaha positif diambil kerajaan untuk membantu komuniti usahawan yang memerlukan.

"Kami sangat berterima kasih atas bantuan kewangan yang diberikan. Kami juga menyeru kepada para usahawan yang layak mendapatkan bantuan seumpamanya agar mengambil peluang ini," katanya.

Ewon turut memberikan jaminan bahawa kementeriannya akan memastikan hak pengguna dipelihara dan persekitaran perniagaan akan kekal kondusif untuk berkembang.

YPNM turut komited untuk menguatkan kerjasama diantara pihak berkuasa negeri dan persekutuan dalam usaha menyuarakan isu-isu berkaitan perniagaan dengan lebih berkesan.
 

  • oleh
  • Advertisement