Anda di sini

Mantan bendahari Gagasan Rakyat Melalap sertai UPKO

Advertisement
 Salmiah menyerahkan borang permohonan keahlian UPKO kepada Rose, sambil disaksikan beberapa pemimpin UPKO Melalap.
PERJUANGAN: Salmiah menyerahkan borang permohonan keahlian UPKO kepada Rose, sambil disaksikan beberapa pemimpin UPKO Melalap.

TENOM: Mantan Bendahari Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Melalap, Salmiah Kassim menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kelmarin.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian UPKO kepada Ketua Wanita UPKP Melalap, Rose Abok.

Ketika ditemui, Salmiah berkata keputusannya menyertai UPKO dibuat bagi membantu perjuangan Ketua Bahagiannya, Junit Bajit.

"Selepas hampir setahun meletakkan jawatan sebagai Bendahari Wanita Gagasan Rakyat Melalap untuk berehat, saya memutuskan untuk aktif semula berpolitik menerusi UPKO," katanya.

Sementara itu, Rose menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan Salmiah menyertai UPKO.

Katanya, beliau dihubungi oleh Salmiah berhubung hasratnya berhijrah parti UPKO Melalap dan kemudian secara rasmi menyerahkan borang permohonan keahlian.

"UPKO Melalap sentiasa mengalu-alukan kepada siapa saja menyertainya bagi membantu perjuangan politik UPKO yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Ewon Benedick," katanya.

Rose menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepada Salmiah yang juga sahabatnya dalam perniagaan bidang jahitan di  Emparium Tenom.
 

Advertisement