Anda di sini

KUSKOP salur bantuan ehsan mangsa banjir berjumlah RM650,200

Advertisement
 Ewon (tiga kanan) menyampaikan bantuan itu kepada Persatuan Peniaga Tamu Donggongon, Penampang.
BANTUAN: Ewon (tiga kanan) menyampaikan bantuan itu kepada Persatuan Peniaga Tamu Donggongon, Penampang.

PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya menyalurkan bantuan ehsan sebanyak RM650,200 kepada pelajar dan penjaja mangsa banjir di Penampang, pagi tadi.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM497,700 bantuan itu disalurkan kepada 19 buah sekolah rendah dan menengah melibatkan 1,659 penerima.

“Manakala RM152,500 lagi disalurkan kepada 268 penjaja Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Penampang, Persatuan Peniaga Tamu Donggongon dan usahawan Tekun Nasional Penampang.

“Agensi-agensi yang terlibat dalam Program Ehsan@Kuskop ialah SME Corp, SME Bank, Tekun Nasional, Pernas, Bank Rakyat, Coop Bank Pertama, Angkasa dan Yayasan Bank Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan melalui Program Ehsan@KUSKOP, di Dewan Siga Tuavon, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Zamri Salleh; Presiden Majlis Perbandaran Penampang Francis Chong; pengerusi-pengerusi agensi; ketua-ketua pegawai eksekutif dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Penampang.

Ewon berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang dikategorikan ‘terjejas teruk’ seperti kehilangan baju seragam, kasut dan keperluan alat tulis ketika insiden banjir pada 30 Jun dan 1 Julai lalu.

“Pelajar yang telah dikenalpasti oleh sekolah-sekolah berkenaan akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap seorang.

“Harapan saya agar bantuan ehsan ini dapat meringankan bebanan para pelajar dan penjaja yang terjejas teruk banjir,” katanya.

Terdahulu, pelajar yang menerima bantuan itu adalah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) St.Theresa Inobong, SK St.Anthony, SK Babagon, SMK Datuk Peter Mojuntin, SK St.Joseph, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak.

Selain itu, SK Kibabaig, SJKC Yue Min, SK Kipovo, SM St.Micheal Penampang, SMK Bahang, SK St.Paul Kolopis, SK Penampang, SK Bahang, SK Puun Tunoh, SK Putaton Inobong, SK St.Aloysius Limbanak, SK Sugud dan SK Buit Hill.

SME Bank turut menyampaikan bantuan ehsan sebanyak RM74,100 untuk empat buah sekolah iaitu SK St.Theresa Inobong, SK St.Anthony, SK Babagon dan SMK Datuk Peter Mojuntin.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyampaikan bantuan ehsan sebanyak RM50,000 kepada SMK Bahang.

Manakala Tekun Nasional menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,100 kepada SM St. Joseph Penampang.

PERNAS pula (RM50,100) kepada SMK Limbanak, Bank Rakyat (RM92,400) kepada SK Kibabaig, Coop Bank Pertama (RM15,000) kepada SJK Yue Min dan SK Kipovo.

Yayasan Bank Rakyat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang menyampaikan bantuan ehsan berjumlah RM109,600 kepada lapan buah sekolah iaitu SK St.Paul Kolopis, SK Penampang, SK Puun Tunoh, SK Bahang, SK Putaton Inobong, SK St.Aloysius Limbanak, SK Sugud dan SK Buit Hilll.

SME Corp menyampaikan bantuan kewangan kepada 30 ahli Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Penampang iaitu sebanyak RM15,000.

Persatuan Peniaga Tamu Donggongon seramai 197 orang melibatkan bantuan berjumlah RM98,500 dan Usahawan Tekun Nadsional dan SME Corp seramai 41 peniaga dengan jumlah bantuan sebanyak RM39,000.

  • oleh
  • Advertisement