Anda di sini

Pembangunan pawagam komuniti mampu perkasa industri perfileman tempatan

Advertisement
 Julita (tengah) bersama tetemu kehormat yang lain menyempurnakan acara perasmian bekenaan.
RASMI: Julita (tengah) bersama tetemu kehormat yang lain menyempurnakan acara perasmian bekenaan.

KOTA MARUDU: Pembangunan pawagam berteraskan komuniti akan membolehkan pembuat filem tempatan mempamerkan bakat mereka dalam industri kreatif dan perfileman.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, dengan lancarnya pawagam 10Star Cinemas di Kota Marudu, ia sekali gus mampu menyediakan peluang pekerjaan dan latihan perfileman kepada golongan muda di Sabah, terutamanya di Kota Marudu.

Hajiji juga berharap lebih banyak pawagam akan dibina di daerah lain.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pawagam pertama di Kota Marudu, 10Star Cinemas, di 1Avenue Commercial Centre (1ACC) di sini kelmarin.

Teks ucapanya beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Julita Mojungki.

Hajiji berkata pawagam 10Star Cinemas di Kota Marudu merupakan pawagam keenam di Sabah, dibina dengan kos RM5 juta oleh syarikat berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha sektor swasta untuk membangunkan kemudahan seumpamanya, kerana ia merupakan platform yang baik untuk rakyat Sabah mempamerkan bakat serta keupayaan mereka dalam sektor kreatif dan perfileman.

“Pembinaan pawagam komuniti ini pasti akan memberi peluang kepada komuniti tempatan di Kota Marudu dan daerah sekitarnya untuk merasai pengalaman menonton filem dengan teknologi terkini.

“Ia juga menyediakan peluang kepada pembuat filem tempatan untuk mempamerkan filem mereka di Sabah," katanya.

Beliau berkata, banyak filem yang dihasilkan oleh rakyat Sabah telah memasuki pasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, beliau berkata, cabaran bagi pembuat filem adalah kekurangan kemudahan seperti pawagam di daerah-daerah untuk menayangkan filem mereka sekali gus menjadi penghalang pertumbuhan industri filem tempatan.

“Oleh itu, pawagam komuniti di daerah-daerah berpotensi akan membantu dan memberi manfaat kepada pembuat filem tempatan dan komuniti setempat," katanya.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Sdn. Bhd, Onn Norshal Hamzah, Pengerusi Eksekutif MAA Group Berhad Tunku Dato’ Yaacob Khyra, Pengurus Hal Ehwal Korporat WK Consortium Sdn Bhd Chloe Yip Wei Yee dan Ketua Pegawai Kewangan WK Consortium Sdn Bhd, Claire Yip.

  • oleh
  • Advertisement