Anda di sini

Tiga kompaun DBKK dikenakan kepada penjaja

Advertisement
 Anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKK menjalankan pemeriksaan semasa Op Street.
PERIKSA: Anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKK menjalankan pemeriksaan semasa Op Street.

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan tiga kompaun kepada penjaja yang menjalankan aktiviti menjaja tanpa kebenaran di sekitar kawasan The Shore di sini.

Menurut kenyataan DBKK, kompaun berkenaan dikeluarkan semasa Op Street yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKK di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja (Hawkers) By-Laws 1966. 

Op Street dijalankan selama dua jam bermula jam 4 hingga 6 petang di beberapa lokasi sekitar pusat bandar baru-baru ini.

Antara lokasi yang terlibat adalah di sekitar bangunan KK Plaza, Anjung Kinabalu (pasar besar), The Shore dan sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, iaitu bermula dari bulatan Segama Waterfront sehingga Dataran Bandaraya Kota Kinabalu.

Menerusi operasi tindakan khas ini, pemantauan dan tindakan diambil ke atas individu-individu yang dikenal pasti ingkar atau melakukan kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Sementara itu, amaran turut dikeluarkan kepada para penjaja gerai makanan berhampiran Segama Waterfront yang melanggar peraturan.

Jabatan Penguatkuasaan DBKK akan menguatkuasakan tindakan Op Street secara berkala dan berterusan ke arah memastikan imej persekitaran bandar raya Kota Kinabalu sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan teratur.

Semua penjaja yang beroperasi dalam kawasan bandar raya ini diingatkan untuk menghormati ketetapan undang-undang yang berkuat kuasa dan menjalankan perniagaan di tempat yang dibenarkan.

  • oleh
  • Advertisement