Anda di sini

Senarai miskin tegar e-Kasih Sarawak akan disahkan semula: Fatimah

Advertisement
Fatimah merakam gambar kenangan semasa pelancaran Logo POSKOM Sarawak Peringkat Bahagian Mukah, semalam. - Gambar UKAS
Fatimah merakam gambar kenangan semasa pelancaran Logo POSKOM Sarawak Peringkat Bahagian Mukah, semalam. - Gambar UKAS

SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak akan melakukan proses pengesahan semula senarai miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih Sarawak yang berjumlah 17,482 orang.

Menurut Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), proses ini akan melibatkan jangkaan 50 peratus daripada penama akan dikeluarkan daripada senarai terkini Sarawak.

“Proses ini akan melibatkan penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada kakitangan serta pelaksanaan program sedia ada dengan strategi yang lebih komprehensif untuk mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Outreach: Santuni Komuniti (POSKOM) dan pelancaran Logo POSKOM Sarawak Peringkat Bahagian Mukah anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah di Oya Square, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, usaha tersebut akan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk di daerah Dalat yang mencatatkan 303 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan 1,202 KIR miskin.

“Program ini diharap dapat menyampaikan maklumat yang tepat, cepat dan terbaharu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS),” ujarnya.

Untuk rekod, Mukah merupakan destinasi ketujuh pelaksanaan program ini di mana POSKOM merupakan program khas yang diperkenalkan JKMS pada tahun ini untuk menyantuni golongan sasar berkeperluan dan akan diadakan di semua bahagian. 

Advertisement