Anda di sini

27 JKKK terima geran MRP DUN Dalat RM503,000

Advertisement
Fatimah merakam gambar kenangan bersama wakil JKKK yang menerima geran MRP masing-masing. - Gambar UKAS
Fatimah merakam gambar kenangan bersama wakil JKKK yang menerima geran MRP masing-masing. - Gambar UKAS

SIBU: Sebanyak 27 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM503,000.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), geran tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah menggesa para penerima untuk memanfaatkan peruntukan tersebut dengan baik dan telus.

"Setiap penggunaan dan pengurusan dana tersebut perlu direkod untuk laporan Pusat Khidmat.

"Peruntukan yang disediakan juga hendaklah digunakan untuk memberi impak kepada masyarakat," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Cek MRP-PPRMS Fasa 1 Tahun 2024 di Pusat Khidmat N.56 Dalat pada Ahad.

Advertisement