Anda di sini

Southampton kembali beraksi di EPL

Advertisement
Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan final playoff Liga Kejuaraan di antara Leeds Utd dan Southampton di Stadium Wembley. — Gambar AFP
Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan final playoff Liga Kejuaraan di antara Leeds Utd dan Southampton di Stadium Wembley. — Gambar AFP

LONDON: Southampton kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas satu tahun apabila gol Adam Armstrong memastikan kemenangan 1-0 ke atas Leeds United dalam final playoff Liga Kejuaraan pada Ahad.

Gol dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Wembley memastikan Southampton memadam kekecewaan tersingkir dari Liga Perdana musim lepas dan kembali segera ke liga elit bola sepak Inggeris.

Kemenangan dalam satu perlawanan paling kaya dalam dunia bola sepak itu,a kan memberikan Southampton anggaran keuntungan 140 juta pound kerana pertambahan pendapatan hari perlawanan, penyiaran dan pendapatan komersial untuk kelab-kelab yang naik ke Liga Perdana Inggeris.

Firma pakar kewangan, Deloitte, berkata Southampton mungkin memperolehi 305 juta pound jika mereka mengelak penyingkiran pada musim baharu dalam Liga Perdana Inggeris.

Ketika hadiah kemenangan adalah bonus yang besar, prestij bermain menentang pasukan seperti Manchester City dan Arsenal, berbanding lawan dalam divisyen dua seperti Plymouth dan Oxford, menyemarakkan kesungguhan Southampton untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas satu tahun.

Southampton, yang memenangi kejuaraan tunggal dalam sejarah kelab iaitu Piala FA Inggeris pada 1976, menghabiskan 11 tahun dalam Liga Perdana sebelum penyingkiran mereka musim lepas.

Mereka akan berharap kejayaan ini, diraikan bersama-sama lebih 35,000 penyokong di Wembley, adalah permulaan untuk satu lagi tempoh lama dalam Liga Perdana.’

Dalam final playoff yang pertama buat mereka, Southampton memastikan kemenangan ketiga ke atas Leeds musim ini walaupun menamatkan musim tiga mata di belakang Leeds dalam musim liga.

Pengurus Southampton, Russell Martin, menjadi semakin dikagumi dengan corak permainannya dan ini adalah kejayaan yang hebat buat jurulatih berusia 38 tahun itu.

Kekalahan adalah sesuatu yang amat mengecewakan buat Farke dan Leeds United, yang tersingkir dari Liga Perdana bersama-sama Leeds musim lepas. — AFP 
 

Advertisement