Anda di sini

Leclerc tawan Litar Monaco

Advertisement
Leclerc meraikan kejayaannya selepas memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Monaco di Litar Monaco. — Gambar AFP
Leclerc meraikan kejayaannya selepas memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Monaco di Litar Monaco. — Gambar AFP

MONTE CARLO: Charles Leclerc memenangi perlumbaan Grand Prix Monaco buat kali pertama pada Ahad, sekali gus memadam badi perlumbaan di litar tanahairnya ketika pasukan Red Bull mengharungi hujung minggu yang mengecewakan.

Juara dunia tiga kali, Max Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat keenam sementara rakan sepasukannya, Sergio Perez terbabas keluar di pusingan pertama perlumbaan.

Berbeza dengan Leclerc, pemandu pasukan Ferrari, ia adalah petang yang akan sentiasa diingati dalam kehidupannya.

Pemandu berusia 26 tahun itu, yang belum pernah menaiki podium di Monaco dari lima perlumbaan, menjadi warga Monaco pertama yang memenangi perlumbaan di sini sejak kejohanan dunia bermula pada 1950.

Selepas keluar dari keretanya, dia melompat ke arah pasukannya selepas akhirnya mengubah kedudukan petak pertama perlumbaan ke kemenangan di litar jalanan di tanahairnya dalam tiga cubaan.

Cuba menahan sebak, dia berkata: “Tiada kata-kata dapat menjelaskannya. Ia satu perlumbaan yang sukar. Saya fikir bahawa dua kali bermula di petak pertama dan kami gagal melakukannya lebih baik dalam perlumbaan.

“Ia sangat bermakna sekali. Ia adalah perlumbaan yang menyebabkan saya mengimpikan untuk menjadi seorang pelumba Formula Satu.

Kemenangan itu mengakhiri satu tempoh gagal memang dari 12 permulaan di petak pertama dan dia menerima sambutan hangat dari penonton yang membanjiri pelaburan Mediterranean itu.

Leclerc melepasi garisan penamat dengan kelebihan 7.152 saat berbanding pencabar terdekat, Oscar Piastri dari pasukan McLaren sementara rakan sepasukan Leclerc, Oscar Piastri menduduki tempat ketiga, di hadapan Lando Norris, pemandu kedua McLaren.

George Russell dari pasukan McLaren di tempat kelima, di hadapan Verstappen dan juara dunia tujuh kali yang juga rakan sepasukan Russell, Lewis Hamilton di tangga ketujuh.

Dalam satu perlumbaan yang dimula semula selepas tiga kemalangan di pusingan pertama, Yuki Tsunoda dari pasukan RB, Alex Albon dari pasukan Williams dan Pierre Gasly dari pasukan Alpine melengkapkan 10 pasukan teratas menamatkan perlumbaan.

Kali ini, perlumbaan adalah tentang menjaga tayar dengan Leclerc mengawal kepantasan dari hadapan dan ia mengecewakan Russell, di kedudukan kelima dengan tayar sederhana lasak, di hadapan Verstappen dan Hamilton. Empat pemandu di hadapan menggunakan tayar lasak.

Litar jalanan di Monaco terkenal dengan perlumbaan yang sukar dipintas dan sesiapa yang berada di hadapan perlumbaan, mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memenanginya, menyebabkan kebijaksanaan hentian pit menjadi antara taktik terbaik untuk memenangi perlumbaan.

Namun menjelang pusingan ke-26, dari 78 perlumbaan, pemandu mulai hilang minat dengan saingan kelihatan membosankan. — AFP
 

Advertisement