Anda di sini

D'Sha Muayfit Tawau juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024

Advertisement
Pasukan D'Sha Muayfit Tawau yang muncul juara keseluruhan dalam sesi bergambar kenangan sempena kejohanan tersebut.
Pasukan D'Sha Muayfit Tawau yang muncul juara keseluruhan dalam sesi bergambar kenangan sempena kejohanan tersebut.

BINTULU: Pasukan D'Sha Muayfit Tawau muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Wakil pasukan dari Sabah itu menampilkan aksi cemerlang sepanjang tiga hari berlangsungnya kejohanan itu apabila meraih 12 pingat keseluruhan iaitu 10 emas dan dua perak.

Manakala tempat kedua di dominasi satu lagi kelab dari negeri di bawah bayu iaitu Muaythai Sabah juga dengan 12 pingat keseluruhan, 9 emas dan 3 perak.

Tempat ketiga milik kelab Muaythai Kenyalang dengan 14 pingat keseluruhan, 8 emas dan 6 perak.

Pasukan D'Sha Muayfit Tawau bergambar selepas menerima piala kejohanan daripada Jumaat.
Pasukan D'Sha Muayfit Tawau bergambar selepas menerima piala kejohanan daripada Jumaat.

Manakala, Sting Muaythai Club yang meraih 19 pingat keseluruhan, 7 emas, 11 perak dan 2 gangsa menduduki tempat keempat.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Haji Jumaat Ibrahim di Naim Paragon Street Mall, Bintulu pada Ahad.
 

Advertisement