Anda di sini

BBP Lopeng juara keseluruhan pertandingan pingpong Zon 6

Advertisement
Pasukan bertanding merakam kenangan bersama Ismaidi (duduk tengah).
Pasukan bertanding merakam kenangan bersama Ismaidi (duduk tengah).

MIRI: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pertandingan Pingpong Piala Ketua Zon 6 Miri Tahun 2024 anjuran BBP Batu Niah, baru-baru ini. 

Naib juara pula disandang Pejabat Zon 6 Miri Pasukan A manakala tempat ketiga dimenangi bersama BBP Marudi dan Pangkalan Udara Wilayah Sarawak (PUWS). 

Bagi kategori ketua jabatan pula, johan pertandingan dimenangi Ketua Zon 6 Miri Ismaidi Ismail, naib johan Pegawai Bomba Kanan II Nasir Razali dan tempat ketiga Pegawai Bomba Tinggi II Julie Umar. 

Menurut Ketua BBP Batu Niah, bagi pertandingan tahun ini, balainya dipilih sebagai penganjur. 

“Sebanyak tujuh pasukan terlibat dalam Pertandingan Pingpong Piala Ketua Zon 6 Miri Tahun 2024. 

“Secara keseluruhannya, pertandingan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya kepada Utusan Borneo. 
 

  • oleh
  • Advertisement