Anda di sini

Warga polis Sibu disaran beri sumbangan, perkhidmatan terbaik

Advertisement
Zulkipli berucap pada majlis 'General Roll Call' di Dewan Badminton, IPD Sibu hari ini.
Zulkipli berucap pada majlis 'General Roll Call' di Dewan Badminton, IPD Sibu hari ini.

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menyarankan agar semua warga polis Sibu memberi sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik kerana mereka sentiasa diperhati dan dinilai oleh masyarakat.

"Setiap warga IPD Sibu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah, profesional, konsentrasi dan berwaspada dalam menjalankan penugasan terutama di balai-balai yang melibatkan penggunaan senjata api," katanya ketika berucap pada majlis 'General Roll Call' di Dewan Badminton, IPD Sibu hari ini.

Seramai 20 orang terdiri daripada kalangan pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam hadir pada majlis tersebut.

Beliau juga menekankan supaya sentiasa peka dengan isu-isu semasa dan menggalakkan semua warga IPD Sibu melibatkan diri dalam setiap  program anjuran peringkat jabatan mahupun peringkat daerah.

Selain itu, KPD Sibu juga menyarankan agar warga kerja IPD Sibu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peka dengan arahan pentadbiran dari semasa ke semasa.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada warga IPD Sibu yang meraikan perayaan yang bakal menjelang tiba.

Advertisement