Anda di sini

Tiga maut dalam kemalangan lori di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu

Advertisement
Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu petang Isnin.
Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu petang semalam.

SIBU: Tiga maut selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu lori yang berusia 23 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi kiri jalan.

"Akibatnya, dua penumpang lelaki masing-masing berusia 20 dan 21 tahun tercampak keluar dari kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori yang turut cedera parah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sibu.

Zulkipli menambah, pihak polis masih menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Advertisement