Anda di sini

Robert rasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kg Bandukan Lama

Advertisement
 Robert bersama yang lain menunjukkan isyarat tangan 'bagus' sejurus beliau merasmikan sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan.
ALBUM: Robert bersama yang lain menunjukkan isyarat tangan 'bagus' sejurus beliau merasmikan sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan.


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Bandukan Lama yang diadakan di Balai Budaya Kg Bandukan Lama, baru-baru ini.


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor semasa perasmian merakamkan ucapan tahniah kepada penduduk kampung Bandukan Lama kerana telah menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan di kampung itu dengan jayanya.


Jelas beliau, ia secara tidak langsung memperlihatkan kesatuan penduduk yang sentiasa bersatu dan saling bekerjasama dalam sebarang program serta aktiviti yang dianjurkan di peringkat kampung.


"Perayaan Pesta Kaamatan bukan sahaja raikan oleh masyarakat Kadazan Dusun Murut tetapi juga untuk semua rakyat yang berbilang kaum khasnya di negeri ini dan juga  negara pada amnya.


"Melalui perayaan ini ia berupaya mengeratkan tali persaudaraan dan ikatan yang sedia terjalin sejak nenek moyang kita.

 
"Justeru mari lah kita gunakan kesempatan dalam perayaan ini untuk bertukar-tukar fikiran dan pada masa sama memantapkan lagi hubungan yang hormoni di antara kita, " katanya.


Turut hadir Ketua Daerah Bingkor OKK Danil Palangi.

  • oleh
  • Advertisement