Anda di sini

Rakyat harus bersatu bersama kerajaan negeri tuntut Hak Sabah

Advertisement
FREDIAN
FREDIAN

KOTA KINABALU: Semua pihak perlu bersatu dan berfokus dalam mendapatkan kesemua hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Fredian Gan berkata, semua pihak perlu memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri ke arah menuntut hak Sabah.

"Kesatuan semua peringkat masyarakat itu lebih padu dan jitu dan dapat didengar dengan jelas oleh kerajaan Persekutuan.

"Kenyataan rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 17 Mei lalu diharapkan dapat meleraikan kekeliruan rakyat mengenai pendirian kerajaan Sabah yang tidak berubah untuk menuntut Hak 40 peratus daripada  kutipan hasil dari negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, kekeliruan timbul berikutan kenyataan oleh seorang peguam selepas pendengaran semakan Kehakiman oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) baru-baru ini. 

Katanya, Hajiji telah menyatakan bahawa kenyataan peguam berkenaan tidak selari dengan pendirian kerajaan Sabah dan beliau telah mengarahkan Peguam Besar Negeri untuk memperbetulkan kenyataan itu.

"Ketua Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak berganjak dari pendirian untuk terus berusaha melalui platfom perundingan dengan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan. 

"Beliau juga menghormati hak SLS untuk  memulakan prosiding undang-undang untuk tujuan mendapatkan hak perlembagaan berkenaan," katanya. 

Sehubungan itu katanya, diharapkan semua lapisan rakyat untuk bersatu menyokong usaha kerajaan Sabah untuk menuntut hak Sabah yang sudah lama tertunggak.
 

  • oleh
  • Advertisement