Anda di sini

Pengagihan pendapatan interim pertama SAS 2.43 peratus

Advertisement
RUSDIN
RUSDIN

KOTA KINABALU: Saham Amanah Sabah (SAS) berjaya memperolehi pendapatan bersih sejumlah RM32,968,095.31 setakatat 17 Mei 2024. 

Pengerusi Saham Sabah Berhad, Datuk Rusdin Riman berkata, selaras dengan pencapaian itu, beliau mengisytiharkan Pengagihan Pendapatan Interim Pertama SAS untuk tahun 2024 adalah pada kadar 2.43 peratus atau 2.43 sen seunit bersih.

"Jumlah ini menghasilkan kadar pulangan pendapatan sebanyak 8.87 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih SAS pada 2 Januari 2024, iaitu RM0.2739 dengan membabitkan pembayaran wang tunai sejumlah RM32,716,645.20 bersih berdasarkan kepada bilangan unit-unit SAS yang dipegang oleh para pelabur sebanyak 1,346,364,000.   

"Pendapatan ini adalah diperolehi  daripada sumber berikut; pertama Pelaburan SAS dalam Pasaran Saham (86.23 peratus), kedua adalah dari Penerimaan Dividen (12.52 peratus) dan Pasaran Kewangan (1.25 peratus)," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati dapat mengistiharkan pengagihan pendapatan Interim Pertama 2024  kepada pelabur SAS yang setia dan dihargai walaupun dalam persekitaran ekonomi luar yang mencabar. 

Menurutnya, prestasi positif ini dapat dicapai melalui pengurusan kewangan secara berhemat dan mengamalkan strategi pelaburan yang betul berpandukan falsafah pelaburan Saham Sabah Berhad.

"Pengagihan Pendapatan interim ini akan dibayar kepada 47,560 pelabur terdiri daripada 40,126 (84.37 peratus) pelabur individu, 7,317 (15.38 peratus) pelabur di bawah skim Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), 74 (0.16 peratus) adalah pelabur melalui pinjaman bank dan 43 (0.09 peratus) pelabur korporat.

"Selama beroperasi 29 tahun setengah, termasuk pengagihan pendapatan interim ini, SAS telah mengagihkan pendapatan tunai sebanyak 26 kali yang melibatkan pembayaran sejumlah RM757,354,196.80 atau 99.45 sen seunit atau 99.45 peratus, termasuk satu pengagihan berbentuk unit pelaburan semula pada kadar 0.40 sen seunit (0.40 peratus)," katanya. 

Katanya, Saham Sabah Berhad selaku pengurus Skim SAS akan terus berusaha untuk menjana pulangan yang berpatutan selaras dengan objektif pelaburannya. 

"Saya juga ingin menjemput bakal-bakal pelabur dan pelabur sedia ada terutamanya agensi kerajaan negeri yang mempunyai kecairan untuk melabur, tampil ke hadapan memandangkan masih ada lagi unit SAS yang boleh dilanggan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement