Anda di sini

Kumpulan kebudayaan Kg Buang Sayang Bingkor johan pertandingan Paluan Gong

Advertisement
 Danil menyampaikan hadiah kemenangan kepada pemenang dalam Pertandingan Paluan Gong sempena sambutan Pesta Kaamatan Kampung Pogun Antolob Bingkor.
SAMPAIKAN: Danil menyampaikan hadiah kemenangan kepada pemenang dalam Pertandingan Paluan Gong sempena sambutan Pesta Kaamatan Kampung Pogun Antolob Bingkor.


KENINGAU: Kumpulan Kebudayaan Kampung Buang Sayang Bingkor dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Paluan Gong sempena sambutan Pesta Kaamatan Kampung Pogun Antolob Bingkor.


Perasmian Pesta Kaamatan Kg Pogun Antolob Bingkor itu telah dirasmikan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.


Ahli kumpulan Kebudayaan Kg Buang Sayang Bingkor iaitu pemalu gong terdiri daripada belia-belia dari kampung itu.


Naib johan pertandingan Paluan Gong sempena sambutan Pesta Kaamatan Kg Pogun Antolob Bingkor dimenangi dimenangi kumpulan Kampung Tongkongan manakala Pogun Antolob menduduki tempat ketiga.

 
Tempat keempat pula disandang kumpulan dari Kampung Minansut.


Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Daerah DUN Bingkor OKK Danil Palangi.

 

Advertisement