Anda di sini

Kontraktor, guru besar didakwa kemuka dokumen palsu

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Seorang kontraktor dan guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran untuk bekalan peralatan sekolah pada 2018.

Tertuduh, Rasnah Majuan, 49, yang juga kontraktor sebuah syarikat dituduh menggunakan dokumen palsu yang dikemukakan kepada sebuah sekolah di Pitas, Kota Marudu bermula November sehingga Disember 2018.

Dokumen itu adalah untuk menipu bagi tujuan

mendapatkan pembayaran bagi bekalan alat bimbingan kaunseling, bekalan alat

kertas ujian, bekalan alat pusat sumber dan bekalan alat pejabat sekolah membabitkan keseluruhan nilai sebanyak RM9,667.

Bagi semua kesalahan itu, Rasnah didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan deposit RM3,000 dan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan setiap bulan serta paspot tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, tertuduh kedua, Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 55, yang juga guru besar dalam empat pertuduhan didapati menggunakan dokumen palsu bermula Oktober sehingga Disember 2018 di pejabat am sekolah tempatnya bertugas di Pitas, Kota Marudu.

Kesemua penipuan itu adalah bagi mendapatkan bayaran bekalan peralatan sekolah bernilai RM9,667.

Abd Rasad juga berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 107 (c) Kanun Keseksaan selepas bersubahat dengan Rasnah meskipun tertuduh mengetahui dokumen yang dikemukakan untuk tuntutan pembayaran itu adalah palsu.

Untuk kesemua kesalahan itu, Abd Rasad melakukan kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 kanun sama dan Seksyen 107 (c) Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak

RM 10,000.00 iaitu deposit RM5,000 dengan

seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

  • oleh
  • Advertisement