Anda di sini

Jawatankuasa bahagian diminta aktif laksana program di akar umbi: Robert

Advertisement
 Sebahagian yang hadir pada mesyuarat pertama itu merakamkan gambar kenangan bersama Robert sejurus selesai majlis itu.
BERMESYUARAT: Sebahagian yang hadir pada mesyuarat pertama itu merakamkan gambar kenangan bersama Robert sejurus selesai majlis itu.


KENINGAU: Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bingkor Datuk Robert Tawik meminta pimpinan serta ahli di bahagian itu terutama sayap parti supaya melaksanakan program-program bermanfaat di akar umbi sekaligus mengukuhkan parti di kawasan itu.


Mengulas lanjut, Robert berharap semua jawatankuasa parti bahagian dapat menjalankan peranan dan fungsi masing-masing dengan lebih aktif di akar umbi bagi menyampaikan program-program kerajaan secara langsung kepada rakyat.


"Saya harap semua jawatankuasa iaitu Wiramuda, Wiranita, Wiramaja dan Wiraemas  di bahagian dapat membuat perancangan yang berkesan dan pada masa sama melaksanakan beberapa program kemasyarakatan, belia, wanita dan sebagainya, " katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Bahagian STAR Bingkor sesi 2024-2027 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Taman Bandukan Riverside Resort.


Mesyuarat pertama AJK Bahagian STAR Bingkor itu diadakan selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bahagian Bingkor yang telah dilaksanakan pada Disember tahun lalu.

 
Hadir sama pada mesyuarat pertama itu, Timbalan Ketua Bahagian STAR Bingkor, Robert Paulus; Setiausaha Bahagian Fred Junior serta Bendahari Bahagian Raziddin Robert.

  • oleh
  • Advertisement