Anda di sini

Abang Johari mulakan lawatan kerja dua hari ke Seoul

Advertisement
Abang Johari (kiri) disambut oleh Lee Hohyeon setibanya di MOTIE Korea Selatan. - Gambar Pejabat Premier Sarawak
Abang Johari (kiri) disambut oleh Lee Hohyeon setibanya di MOTIE Korea Selatan. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini memulakan lawatan kerja dua hari ke Seoul, Korea Selatan.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Pejabat Premier Sarawak 'Sarawakku', hari ini iaitu hari pertama sesi lawatannya itu, Abang Johari mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE) Korea Selatan.

Pada pertemuan itu pelbagai aspek kerjasama antara Korea Selatan dan Kerajaan Sarawak dibincangkan bagi memperkukuhkan lagi kolaboratif antara negara itu dengan Sarawak terutama dalam bidang tenaga diperbaharui.

Timbalan Menteri MOTIE Lee Hohyeon mewakili Kerajaan Korea Selatan.

Hadir bersama Abang Johari pada mesyuarat selama sejam itu adalah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain. 

Selepas mesyuarat itu, iaitu tengah hari (waktu tempatan) Abang Johari serta rombongan dibawa melawat loji jana kuasa Korea South-East Power Company (KOEN) Yongheung yang terletak di pulau Yongheung Selatan, ibu kota Korea Selatan.

Advertisement