Anda di sini

Penunggang motosikal maut rempuh pikap

Advertisement
 Keadaan motosikal mangsa sejurus kemalangan di simpang Taman Permaisuri, Jalan Sebiew, Bintulu semalam.
Keadaan motosikal mangsa sejurus kemalangan di simpang Taman Permaisuri, Jalan Sebiew, Bintulu semalam.

BINTULU: Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah pikap di kawasan simpang Taman Permaisuri, Jalan Sebiew di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali, dalam insiden sekitar jam 8.16 malam itu, mangsa yang berumur 33 tahun dikatakan sedang bergerak di laluan lurus dari arah lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Setibanya di simpang Taman Permaisuri ujarnya, motosikal mangsa merempuh sebuah pikap yang sedang melakukan pusingan U.

"Ekoran insiden itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak ambulans Hospital Bintulu," ujarnya.

Kes ini katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nixon pada masa sama menasihati orang awam agar tidak membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan tidak menyebarkan berita yang tidak benar.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

  • oleh
  • Advertisement