Anda di sini

Kelindan lori cedera dalam kemalangan

Advertisement
 Kelindan mengalami kecederaan akibat kemalangan lori terbabas sendiri.
TERBABAS: Kelindan mengalami kecederaan akibat kemalangan lori terbabas sendiri.

LAHAD DATU: Seorang lelaki cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sendiri di Batu 9 Jalan Silam, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang merupakan kelindan lori terbabit mengalami kecederaan, manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.07 malam.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan terbabas sendiri dan terdapat dua mangsa terlibat.

“Seorang mangsa kelindan lori mengalami kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala pemandunya selamat,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak membuat penstabilan terhadap mangsa, sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat dan  operasi ditamatkan pada jam 10.50 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement