Anda di sini

Operasi SAR warga emas dikhuatiri hilang disambung esok

Advertisement
Unit K9 Bomba bersama anjing pengesan Daisy turut serta dalam operasi SAR tersebut.- Gambar JBPM Sarawak.
Unit K9 Bomba bersama anjing pengesan Daisy turut serta dalam operasi SAR tersebut.- Gambar JBPM Sarawak

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas dikhuatiri hilang di Kampung Kakeng, Serian disambung esok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, SAR pada hari kedua semalam ditangguh pada jam 5 petang berikutan faktor cuaca.

Menurutnya, operasi SAR mencari Denis Nyawod, 75, hari ini melibatkan anggota Unit Anjing Pengesan K9, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung.

"Pasukan SAR terbabit dibahagi kepada dua kumpulan dan pencarian dilaksanakan di sektor A dan B sekitar empat kilometer dari pusat kawalan bomba (PKB).

"SAR itu bagaimanapun ditangguhkan pada jam 5 petang atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Serian menerima laporan mengenai kejadian terbabit jam 11.23 pagi kelmarin.

"Pencarian telah dibuat oleh ahli keluarga bersama penduduk kampung di sekitar kampung dan kebun tetapi mangsa masih belum ditemui. 

"Ahli keluarga memaklumkan bahawa mangsa mengalami penyakit demensia (hilang ingatan)," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement