Anda di sini

Elviana wakil Tongod Unduk Ngadau peringkat negeri

Advertisement
 Ratu Unduk Ngadau Tongod Elviana (tengah) bersama Edna (kiri) dan Melcie (kanan).
JOHAN: Ratu Unduk Ngadau Tongod Elviana (tengah) bersama Edna (kiri) dan Melcie (kanan).

TONGOD: Guru Sekolah Kebangsaan Saguon di sini, Elviana Gunong,24, dipilih sebagai ratu Unduk Ngadau Pesta Kaamatan bagi daerah Tongod, Sabtu lalu.

Naib johan disandang oleh, Edna Ezzyira, 22 dan diikuti Melcie Michelli, 20, yang menduduki tempat ketiga.

Edna adalah penuntut program diploma jurusan Penyediaan Estetik di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta, manakala, Melcie adalah bekas penuntut tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon, Tongod.

Semua pemenang berkenaan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 bersama trofi dan sijil.

Elviana akan mewakili daerah Tongod dalam saingan ratu Unduk Ngadau peringkat negeri yang diadakan di Hongkod Koisaan pada 30 hingga 31 Mei depan.

Perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

  • oleh
  • Advertisement