Anda di sini

Pemain SSA cipta keputusan bercampur-campur di RSNJC

Advertisement
Bryson (kiri) bersama lawannya dari Kedah dalam pusingan 16 terakhir.
Bryson (kiri) bersama lawannya dari Kedah dalam pusingan 16 terakhir.

SIBU: Pemain skuasy tempatan Bryson Wee Chen Yaw dan tiga lagi pemain muda yang mewakili Persatuan Skuasy Sibu (SSA) kembali dengan keputusan bercampur-campur daripada Litar Remaja Kebangsaan (RSNJC) CIMB Rising Star yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pemain berusia 10 tahun itu mendapat tempat ke-13 menentang peserta yang lebih tua dalam kategori Bawah-11.

Tahun lepas, Bryson menduduki tangga pertama negara untuk kumpulan umur B-9.

Bagaimanapun, beliau mendapati sukar untuk menentang lawan yang lebih tua.

Bryson disasarkan untuk mara ke peringkat lapan terakhir tetapi gagal dalam pusingan 16 terakhir iaitu 1-3 kepada peserta dari Kedah.

“Ketika ketinggalan, kekecewaan menyelinap masuk dan ini boleh melemahkan semangatnya daripada memberikan yang terbaik,” kata jurulatih Kong Sieng Chien.
Kong bagaimanapun memuji usaha Bryson pada perlawanan tersebut.

Namun Kong mencadangkan bahawa bintang baharu itu memerlukan ketahanan mental untuk kekal fokus dan meningkatkan keyakinan dalam detik-detik tekanan tinggi.

“Kita perlu mempunyai pemain yang komited dan ibu bapa yang benar-benar ikhlas dan mahu anak mereka membesar menjadi pemain yang bagus.

“Jika tidak, amat sukar untuk menewaskan pemain terlatih dari Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Advertisement