Anda di sini

Kuching Marathon kembali pada 27 Oktober di Padang Merdeka 

Advertisement
Abdul Karim (lima kanan) serta yang lain menunjukkan baju yang akan digunakan oleh pelari Kuching Marathon 2024 pada sidang media hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad 
Abdul Karim (lima kanan) serta yang lain menunjukkan baju yang akan digunakan oleh pelari Kuching Marathon 2024 pada sidang media hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad 

KUCHING: Acara paling ditunggu-tunggu, Kuching Marathon kembali lagi tahun ini pada 27 Oktober depan di Padang Merdeka di sini. 

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kuching Marathon merupakan acara penting yang sinonim dengan bandar raya Kuching. 

Katanya, walaupun acara ini hanya bermula pada 2014 di sini, namun ia telah diiktiraf oleh Persatuan Maraton dan Larian Jarak Jauh Antarabangsa (AIMS). 

“Di Malaysia hanya lima acara maraton yang diiktiraf AIMS iaitu Kuching Marathon, Miri Marathon, Kota Kinabalu Marathon, Standard Chartered Marathon dan Penang Bridge Marathon,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Kuching Marathon 2024 di pejabatnya di Tingkat 17, Bangunan Baitul Makmur II di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut mengenai acara tersebut, Pengarah Kuching Marathon Liew Tang Chieh berkata seperti sebelumnya, empat kategori utama ialah 42 kilometer (km), 21km, 10km dan 5km. 

Sasaran peserta adalah seramai 17,000 orang dari dalam dan luar negara dengan tarikh pengambilan pek larian adalah pada 24, 25 dan 26 Oktober di Majma Mall di sini. 

Masa pelepasan adalah pada jam 1 pagi untuk kategori 42km, jam 4 pagi untuk kategori 21km, jam 5.30 pagi untuk kategori 10km dan jam 6.30 pagi untuk kategori 5km dan mesti tamat pada jam 8 pagi. 

Hadiah wang tunai RM125,000 ditawarkan pada Kuching Marathon 2024 dengan RM10,000 menanti johan kategori lelaki dan wanita terbuka 42km. 

Hadiah wang tunai diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke-10 bagi tiga kategori 42km, 21km dan 10km berserta medal. 

Manakala peserta bagi kategori 5km yang berjaya menamatkan larian akan menerima medal. 

  • oleh
  • Advertisement