Anda di sini

TYT santuni pesara kanan polis Sarawak pada Majlis Titian Kesetia-Kawanan

Advertisement
Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada pesara pesara kanan polis Sarawak pada majlis yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. – Gambar Penerangan
Tun Wan Junaidi menerima cenderamata daripada pesara pesara kanan polis Sarawak pada majlis yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. – Gambar Penerangan

KUCHING: Majlis Titian Kesetia-Kawanan Pesara-Pesara Kanan Polis Sarawak yang berlangsung di Astana Negeri Sarawak pagi tadi adalah sebagai tanda penghargaan atas perjuangan mereka semasa berkhidmat dalam pasukan polis.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ditemani isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi berkata demikian ketika menyantuni pesara-pesara kanan polis Sarawak dalam majlis tersebut. 

"Anggota polis berjuang dalam apa-apa jua peperangan, jika di bandar berperang dengan jenayah, kalau di hutan berperang dengan komunis, kalau di pejabat berperang dengan ideologi dan macam-macam lagi yang tidak diketahui dan nampak di mata umum," kata Tun Wan Junaidi.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi merakamkan kenangan bersama pesara-pesara kanan polis Sarawak serta isteri selepas majlis di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. – Gambar Penerangan
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi merakamkan kenangan bersama pesara-pesara kanan polis Sarawak serta isteri selepas majlis di Astana Negeri Sarawak, pagi tadi. – Gambar Penerangan

Menurut beliau, sumbangan mereka yang sanggup merisikokan keselamatan diri sendiri demi orang lain wajar dihargai.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan negeri akan memberi pingat penghormatan bagi menghargai jasa polis dan tentera yang berkhidmat semasa era unsurgensi komunis di Sarawak pada 1962 hingga Oktober 1990. 

Tun Wan Junaidi juga berharap agar majlis perjumpaan seperti itu akan berterusan dalam memelihara dan mengekalkan hubungan baik dalam kalangan pesara-pesara polis.

Turut hadir pada majlis itu ialah pesara-pesara kanan polis Sarawak bersama isteri dengan delegasi tersebut diketuai Tan Sri Mohd Jamil Johari. 

Advertisement