Anda di sini

Mukim Patikang johan dalam pertandingan Muzik Tradisi

Advertisement
 Robert menyampaikan hadiah kepada johan sempena pertandingan itu.
SAMPAIKAN: Robert menyampaikan hadiah kepada johan sempena pertandingan itu.


KENINGAU: Mukim Patikang muncul johan dalam Pertandingan Muzik Tradisi sempena penganjuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Keningau 2024.


Sebanyak sembilan buah mukim mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang dianjurkan bersama Pejabat Daerah Keningau dengan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Daerah Keningau.


Mukim-mukim yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu ialah Mukim Bingkor, Mukim Tuntumulud, Mukim Merampong, Mukim Apin Apin dan Mukim Tuarid Taud daripada kawasan Bingkor sementara dari kawasan Liawan disertai empat mukim iaitu Mukim Patikang, Mukim Lingkudau, Mukim Kali dan Mukim Luagan.


Naib johan Pertandingan Muzik Tradisi dimenangi oleh Mukim Tuntumulud manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Mukim Lingkudau dan Mukim Tuarid Taud.
Johan telah menerima hadiah berupa wang tunai RM900; E-Sijil dan hamper sementara naib johan pula menerima wang tunai RM700; E-Sijil dan juga hamper.


Tempat ketiga dan keempat juga menerima wang tunai iaitu RM500 dan RM300; E-Sijil dan hamper.


Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

  • oleh
  • Advertisement