Anda di sini

Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang

Advertisement
 

JAKARTA: Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut agensi itu, seramai 35 penduduk masih hilang, 33 lagi cedera dan lebih daripada 1,500 keluarga terjejas.

Ketua agensi bencana, Left Jen Suharyanto berkata kerajaan memberi keutamaan kepada usaha untuk memulihkan jalan dan jambatan yang rosak atau musnah akibat bencana itu yang menjejaskan operasi menyelamat dan bantuan.

Menurut beliau, helikopter turut digunakan untuk menghantar bantuan ke kawasan terjejas selain pihak berkuasa juga mempertimbangkan untuk memindahkan penduduk yang rumahnya rosak atau musnah.

Beliau berkata agensi cuaca negara itu akan segera melancarkan operasi pengubahsuaian cuaca untuk mengurangkan hujan di kawasan tersebut.

Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sumatera Barat pada hujung minggu, sementara aliran lahar dingin dari Gunung Marapi menuruni lereng dan melanda penempatan penduduk. - BERNAMA-dpa

Advertisement