Anda di sini

FAS, Miri FA buka penyertaan kursus kejurulatihan kepada 30 peserta

Advertisement
 

MIRI: Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak (FAS) dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bahagian Miri 2009 (Miri FA) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi.

Presiden Miri FA, Mohd Saif Jubaidi berkata ia terbuka kepada 30 orang peserta terawal dan terbuka kepada penduduk sekitar Miri dan Brunei Darussalam.

"Bagi mereka yang ingin mencabar diri untuk menjadi jurulatih bolasepak boleh menyertai kursus ini dan ia terbuka kepada mereka yang berminat termasuk peserta dari negara Brunei," katanya.

Kursus itu katanya, dijadualkan bermula dari 21 hingga 23 Jun depan dengan yuran penyertaan RM350 bagi warganegara Malaysia dan RM600 bagi warganegara Brunei.

Kursus berkenaan akan diadakan di Dewan Machinda Kelab Rekreasi Petroluem (KRP) dan padang KRP Lutong bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 4 petang 10 Jun depan dan pembayaran boleh dilakukan di nombor akaun bank Miri FA (RHB 21102500067283).

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Ahmad Mujahid di talian 014-2082225 atau Abdul Kadir Mohd Som (+6737181306).

  • oleh
  • Advertisement