Anda di sini

AZAM Sarawak umum pelantikan Abang Johari sebagai Patron baharu

Advertisement
Kunjungan hormat delegasi AZAM Sarawak ke Pejabat Premier April lalu.
Kunjungan hormat delegasi AZAM Sarawak ke Pejabat Premier April lalu.

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak hari ini mengumumkan pelantikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Patron baharunya.

Peranan yang dihormati itu sebelum ini disandang oleh Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

AZAM Sarawak menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima pengesahan komitmen penting itu pada 2 Mei 2024 daripada Setiausaha Sulit Kanan Premier Sarawak Datuk Khir Busrah.

Menurutnya, kepimpinan dan visi Abang Johari akan memainkan peranan penting dalam membimbing AZAM Sarawak tatkala pihaknya terus maju dalam mencapai misi dan matlamat.

"AZAM Sarawak akan mendapat manfaat daripada pengetahuan, pengalaman dan komitmen beliau (Premier) yang mendalam dan menyeluruh terhadap pembangunan Sarawak.

"Kami yakin di bawah naungan Premier, AZAM Sarawak akan terus maju dan memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat. Kami menantikan perjalanan yang berjaya dan berkesan bersama-sama," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Advertisement