Anda di sini

Tarmizi berhabis demi keseronokan murid ke sekolah

Advertisement
Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob
Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob

Oleh Watt Zacchaeus

DALAM menjadikan sekolah tempat seronok di samping pendidikan formalnya, Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob, 39, sanggup melakukan apa sahaja pendekatan kreatif untuk murid-muridnya.

Guru mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut, Daro, Pulau Bruit berasal dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan itu sanggup berhabis duit semata-mata mahu mewujudkan rasa seronok anak-anak muridnya ke sekolah.

Pada Ahad lalu, hantarannya di laman sosial menerusi akaunnya 'Cikgu Al Tarmizi' tular mengenai dekorasi kelas diubahsuainya dengan kreatif dan cantik malah terdapat perhiasan robot serta 'Spiderman' menarik perhatian netizen.

Malah, hantarannya itu juga mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan turut mendapat sebanyak 5,800 perkongsian daripada netizen apabila kelas diubahnya itu menjadi seperti sebuah kafe.

"Sumber inspirasi saya ialah memberi pengalaman baharu kepada murid-murid. Rata-rata mereka jarang ke pekan. Itulah membuatkan idea saya tercetus untuk mengubah suai kelas ini.

"Ada pernah memberitahu saya 'bestlah cikgu makan kat kedai cantik-cantik'. Jadi, saya gunakan peluang yang ada untuk wujudkan 'The Cafe Class' untuk mereka merasai suasana seolah-olah berada dalam 'Cafe Hipster'," katanya kepada Utusan Borneo di Sibu, kelmarin.

Tarmizi berkata, dengan ubah suai dilakukannya itu berjaya menarik murid-murid hadir ke sekolah dengan rasa seronok.

Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob
Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob

"Pagi-pagi lagi mereka sudah bergilir-gilir menjaga kaunter mengambil kehadiran. Dalam kelas itu, saya buat 'Food 4 U' berkongsi rezeki, murid-murid tidak sempat sarapan boleh ambil makanan di situ. Murid-murid lain hendak sedekah makanan pun boleh.

"Ada juga kedai hadiah dalam kelas itu. Sesiapa siap kerja diberi 'point' dan boleh tukar dengan hadiah. Suasana ini mendorong mereka rajin hadir ke sekolah," jelasnya.

Guru yang pernah menjadi juara Pertandingan Bola Sepak MSKPPM Peringkat Kebangsaan 2024 ketika mewakili Sarawak ini memberitahu kelas tersebut mula dihiasnya sendiri sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, beliau membawa barang-barang keperluan hiasan dari Semenanjung Malaysia dan membuatnya sedikit demi sedikit.

"Prosesnya agak lama, sebab saya gunakan motosikal mengangkut barang dari pekan. Bajetnya pula saya gunakan sedikit elaun sendiri. Untuk kelas saya, kos hiasan ini sebenarnya saya tidak berapa ingat.

"Usaha saya ini sebenarnya bukan sahaja mendidik murid-murid saya, tetapi memberi inspirasi kepada masyarakat di luar bandar, murid-murid pun seronok, rakan-rakan guru lain juga mendapat idea," jelasnya.

Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob
Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob

Tarmizi memberitahu tujuannya berbuat demikian adalah hendak memberi pengalaman baharu yang belum mereka rasai.

Menurutnya, murid-muridnya pernah bercerita kepadanya tentang kafe-kafe yang cantik sehingga beliau terpanggil wujudkan 'Cafe Hipster' itu bagi mereka merasai sendiri pengalamannya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Guru Besar SK Kampung Kut, Fariah Hanikal dan rakan-rakan guru yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sepanjang usahanya itu.

Dalam hantaran di Facebooknya yang tular, Tarmizi berkongsi dekorasi dihasilnya sempena Hari Guru yang bakal diraikan tidak lama lagi.

"'The Cafe Class' dari kelas biasa ke lebih selesa. Sempena Hari Guru bakal tiba, saya kongsikan sedikit dekorasi guru pedalaman buat rakyat Malaysia semua. Ada orang tanya saya mana pergi gaji cikgu? Saya gunakan sedikit elaun pedalaman untuk cantikkan kelas, ada rezeki lebih kita buat lebih. Bulan Disember nanti ada kenaikan gaji terima kasih PMX dapatlah saya berkongsi lagi," coretnya.

Walaupun di sekolah pedalaman, jelasnya menjadikan suasana kondusif boleh membantu murid-muridnya seronok belajar.

"Saya yakin dan percaya ramai rakan guru buat sehabis baik untuk anak-anak didik mereka. Ramai antara guru sanggup berhabis wang ringgit untuk kemenjadian anak-anak didiknya.

Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob
Hasil kreatif rekaan kelas digubah oleh Tarmizi bagi mewujudkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-muridnya. - Gambar Muhamad Tarmizi Awang @ Yaacob

"Inilah sekolah saya mula-mula masuk sekolah dahulu (barulah merasa sekolah pedalaman). Tetapi, itu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik. Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan masih menikmati pengalaman hebat ini," katanya.

Ditanya mengenai perasaan mengajar di kawasan pedalaman Sarawak, Tarmizi berkata ia sungguh seronok kerana mendapat pengalaman baharu.

"Contohnya, cara mereka menangkap ikan. Lebih manis, saya juga dapat belajar bahasa Melanau. Selain itu, mengajar di pedalaman jumlah murid-murid sedikit berbanding di sekolah bandar dengan jumlah agak ramai," jelasnya.