Anda di sini

YBR tawar tajaan kepada peserta Latihan Asas Keusahawanan dari Sabah, Sarawak

Advertisement
Philip (dua kiri) menyerahkan replika cek tajaan Latihan Asas Keusahawanan Sabah dan Sarawak sambil disaksikan Ewon (tiga kanan). 
Philip (dua kiri) menyerahkan replika cek tajaan Latihan Asas Keusahawanan Sabah dan Sarawak sambil disaksikan Ewon (tiga kanan). 

KUCHING: Yayasan Bank Rakyat (YBR) melalui Institut Keusahawanan Negara Berhad (ISKEN) menawarkan tajaan khas kepada peserta Latihan Asas Keusahawanan dari Sabah dan Sarawak bagi tahun 2024. 

Inisitiaf YBR ini telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick sempena Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Kuala Penyu, Sabah semalam.

Teruja dengan program tersebut, Ewon menyifatkannya sebagai membangunkan golongan usahawan terutama daripada kalangan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

Para peserta program ini hanya dikenakan yuran pendaftaran RM50 dan program ini menyasarkan penglibatkan 2,000 usahawan baharu dan sedia ada di Sabah dan Sarawak. 

“Peserta bukan sahaja mendapat latihan kemahiran asas dan perniagaan, malah berpeluang mendapat pendedahan tentang strategi pemasaran produk mereka,” katanya. 

Hadir sama Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang, Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Ghani dan Ketua Bahagian Operasi YBR Mohd Mukhti Abdul Rahman. 

Sementara itu Philip berkata, Sabah dan Sarawak juga merupakan antara negeri yang melahirkan usahawan yang menghasilkan produk tempatan tetapi kurang pendedahan dalam strategi pemasaran. 

Justeru katanya, program ini diharap mampu melahirkan usahawan dan bakal usahawan muda untuk menimba pengetahuan serta mempelajari teknik memasarkan produk serta meningkatkan sosioekonomi masyarakat. 

Advertisement