Anda di sini

SIDS Marudi jayakan kempen keahlian di Rumah George Ijus

Advertisement
Rombongan SIDS Marudi bergambar bersama penduduk Rumah George Ijus di Sungai Kejaman.
Rombongan SIDS Marudi bergambar bersama penduduk Rumah George Ijus di Sungai Kejaman.

MARUDI: Sarakup Indu Iban Sarawak (SIDS) Cawangan Marudi telah mengadakan kempen pendaftaran keahlian baharu di Rumah George Ijus, Sungai Kejaman dekat sini, baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai Pengerusinya Kaunselor Yanti Nyanggau disertai 14 ahli jawatankuasa menempuh perjalanan berkenderaan selama empat jam untuk sampai ke rumah panjang berkenaan.

Ketibaan mereka disambut mesra Tuai Rumah George Ijus dan penduduk kampung.

Kempen tersebut menyaksikan pendaftaran ahli baharu bagi meneruskan misi dan visi SIDS khususnya untuk memberi impak kepada ekonomi kaum wanita di rumah panjang.
 

  • oleh
  • Advertisement