Anda di sini

Peraduan Jimmy 7 tampilkan Toyota Corolla GR Sport sebagai hadiah utama 

Advertisement
Junaidi (dua kiri) bersama Matthew (kiri), Wilfred (tiga kiri), Harold (empat kanan), Phang (tiga kanan) dan Lai (dua kanan) merakamkan kenangan bersama hadiah utama Peraduan Jimmy 7 yang sedang berlangsung.
Junaidi (dua kiri) bersama Matthew (kiri), Wilfred (tiga kiri), Harold (empat kanan), Phang (tiga kanan) dan Lai (dua kanan) merakamkan kenangan bersama hadiah utama Peraduan Jimmy 7 yang sedang berlangsung.

KUCHING: Peraduan Jimmy 7 menjanjikan lebih banyak keseronokan dengan menampilkan Toyota Corolla GR Sport sebagai hadiah utama dengan peraduan telah bermula sejak 1 April lalu hingga 31 Mac 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Liansin Junaidi Ali berkata, penyertaan terbuka kepada semua, sama ada melalui kad Peraduan Jimmy 6 yang tidak diimbas atau kad Peraduan Jimmy 6 yang baharu.

"Peraduan Jimmy 7 dibahagikan kepada empat musim yang menawan, setiap satu berlangsung selama tiga bulan. 

"Sepanjang musim ini, peserta boleh menjangkakan banyak ganjaran, dengan setiap musim menawarkan pelbagai hadiah yang menarik," ujarnya ketika berucap pada pengumuman para pemenang Peraduan Jimmy 6 Musim Ke-4 di Emart Batu Kawa, hari ini.

Menurutnya, peraduan tersebut akan berlangsung selama 12 bulan dan dibahagikan kepada empat pusingan.

Pusingan pertama akan berlangsung dari 1 April 2024 hingga 30 Jun 2024, pusingan kedua dari 1 Julai 2024 hingga 30 September 2024, pusingan ketiga dari 1 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024 dan pusingan keempat dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025, katanya.

"Setiap pusingan akan menawarkan hadiah lumayan, termasuk hadiah pertama, kedua dan ketiga serta lima hadiah istimewa.

"Selain itu, 100 pek beras wangi Butterfly juga menanti pemenang sebagai hadiah saguhati," jelasnya.

Menurutnya lagi, setiap musim akan memperkenalkan pelbagai hadiah menarik iaitu hadiah pertama bagi Musim 1 berupa komputer riba Apple Macbook Air M2, Musim 2 (rangka katil dan tilam King Koil), Musim 3 (set dobi AI Samsung Bespoke) dan Musim 4 (Thermomix TM6).

Justeru, Junaidi menyeru orang ramai agar menyertai Peraduan Jimmy 7 untuk mendapat peluang memenangi hadiah-hadiah menarik tersebut.

Beliau turut mengingatkan semua peserta supaya menyimpan kad penyertaan sebagai bukti kelayakan mereka untuk hadiah.

Beliau turut mengucapkan penghargaan atas kesetiaan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi pelanggan yang telah menjadi asas kepada kisah kejayaan Liansin.

"Kami berjanji untuk meneruskan usaha tanpa henti ke arah kecemerlangan, memberikan produk dan perkhidmatan terbaik sambil menghargai hubungan kami yang tidak ternilai dengan anda," ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin, Penghulu Kota Sentosa Lai Boon Kee, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Emart Phang Kang Wai.

Turut hadir pengurusan tertinggi Kumpulan Liansin iaitu Pengarah Eksekutif Dato Harold Tan dan Ketua Pegawai Operasi Tan Bong Bu.
 

  • oleh
  • Advertisement