Anda di sini

Peraduan Jimmy 6: Sahul Hameed menang kereta Honda

Advertisement
Wilfred (tiga kiri) bersama Lai, Matthew, Harold dan Junaidi serta yang lain merakamkan kenangan dengan hadiah utama Peraduan Jimmy 6 yang dimenangi Sahul di Emart Batu Kawa, hari ini.
Wilfred (tiga kiri) bersama Lai, Matthew, Harold dan Junaidi serta yang lain merakamkan kenangan dengan hadiah utama Peraduan Jimmy 6 yang dimenangi Sahul di Emart Batu Kawa, hari ini.

KUCHING: Sahul Hameed membawa pulang kereta Honda HRV 1.5RS serba baharu apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Jimmy 6 anjuran Liansin Trading Sdn Bhd, hari ini.

Pemenang hadiah Musim Ke-4 peraduan sama berupa peti sejuk Sharp 740c Avance Side by Side Fridge pula ialah Mohd Arif.

Senarai pemenang peraduan itu diumumkan sejurus selepas sesi cabutan bertuah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap di hadapan orang ramai di pusat beli-belah Emart Batu Kawa di sini.

"Menyedari peranan penting industri beras dalam pembangunan negara kita, peraduan ini telah menawarkan peluang yang luar biasa dalam kemajuannya. 

"Walaupun peraduan (Jimmy 6) telah tamat, impaknya terus bergema dalam komuniti kita, memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap kepentingan industri beras di negara ini," ujarnya ketika berucap dimajlis itu.

Beliau turut melancarkan Peraduan Jimmy 7 bersama pengurusan tertinggi Kumpulan Liansin terdiri daripada Pengarah Urusan Junaidi Ali, Pengarah Eksekutif Dato Harold Tan, Ketua Pegawai Operasi Tan Bong Bu.

Justeru, Wilfred menggesa agar orang ramai agar terus menyokong industri beras menerusi penganjuran Peraduan Jimmy 7 yang telah bermula sejak 1 April lalu hingga 31 Mac 2025.

Beliau berkata, acara cabutan bertuah menjadi detik penting di mana keterujaan sampai ke kemuncaknya.

"Ia menjadi bukti dedikasi dan ketabahan anda (Liansin Trading Sdn Bhd), membuka jalan untuk pertumbuhan dan kemakmuran seterusnya dalam industri beras," tambahnya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin, Penghulu Kota Sentosa Lai Boon Kee dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Emart Phang Kang Wai.

Nama para pemenang turut dilampirkan bersama di dalam akhbar esok dan sebarang pertanyaan boleh diajukan terus menerusi talian hotline 082-333555 atau layari www.liansin.com.my.
 

  • oleh
  • Advertisement