Anda di sini

Pemancing terkejut jumpa mayat terapung di sungai 

Advertisement

Salah seorang pemancing menghubungi Dato Sri Lee Kim Shin bagi memaklumkan penemuan itu

Mayat individu belum dikenal pasti identiti ditemui terapung di sungai Kuala Baram oleh sembilan pemancing yang sedang memburu udang galah.
Mayat individu belum dikenal pasti identiti ditemui terapung di sungai Kuala Baram oleh sembilan pemancing yang sedang memburu udang galah.

“Dato Sri Lee Kim Shin telah membuat panggilan terus kepada Ketua BBP Lutong (Henry) memaklumkan bahawa para pemancing telah menghubungi beliau tentang penemuan mayat terapung di sungai berkenaan.” 

Jurucakap 
PGO JBPM Sarawak

Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sembilan pemancing yang sedang memburu udang galah terkejut apabila terjumpa mayat terapung di sungai Kuala Baram di sini, petang ini.

Susulan itu, salah seorang pemancing kemudiannya menghubungi Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bagi memaklumkan penemuan mayat terapung itu. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah menerima makluman tersebut menerusi panggilan telefon terus daripada Lee kira-kira jam 3.45 petang. 

“Dato Sri Lee Kim Shin telah membuat panggilan terus kepada Ketua BBP Lutong (Henry) memaklumkan bahawa para pemancing telah menghubungi beliau tentang penemuan mayat terapung di sungai berkenaan. 

“Henry kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan kemudiannya mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Lutong untuk respons ke lokasi kejadian. 

“Bagaimanapun, bantuan daripada BBP Lopeng diatur gerak untuk respons ke lokasi kerana anggota BBP Lutong masih menghadiri operasi yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Sementara itu, Henry ketika dihubungi Utusan Borneo kira-kira jam 5 petang memaklumkan beliau telah berada di lokasi kejadian bersama sembilan pemancing bagi membuat pengesahan penemuan mayat itu. 

“Buat masa ini saya bersama sembilan pemancing sedang menunggu bot dari BBP Lopeng untuk mengangkat mayat,” ujarnya ringkas. 

Sehingga berita ini ditulis kira-kira jam 6 petang, identiti mayat masih belum dikenal pasti sementara menunggu laporan penuh operasi daripada pihak bomba. 
 

Advertisement