Anda di sini

Sebuah keluarga di Serau Lijan Julau diancam tanah runtuh

Advertisement
Keadaan runtuhan yang berlaku di sebuah rumah di kawasan  Serau Lijan, Julau.
Keadaan runtuhan yang berlaku di sebuah rumah di kawasan Serau Lijan, Julau.

JULAU: Sebuah keluarga yang tinggal kawasan di Serau Lijan, Julau berhadapan dengan situasi tanah runtuh yang berlaku di bahagian tepi rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kejadian tersebut pada jam 6.33 pagi semalam.

“Sejurus menerima panggilan daripada pemilik rumah tersebut, dua anggota bomba telah dikerahkan ke rumah pengadu yang terletak 62 kilometer dari balai.

“Ketika sampai di rumah pengadu, anggota bomba mendapati runtuhan tersebut berlaku di bahagian tepi rumah pengadu, iaitu  dalam jarak 5 meter dari tepi rumah mangsa dan kejadian tersebut turut menyebabkan dua buah reban ayam milik pengadu turut terjejas dan rosak.

“Hasil pemantau tersebut juga anggota bomba turut mendapati tanah yang telah runtuh tersebut telah menyebabkan sistem pembentungan dan parit jalan yang terletak di bahagian bawah lokasi runtuhan telah tersumbat dan terjejas,” kata Nicholas kepada media, semalam.

Menurutnya, jika berterusan boleh mangakibatkan hakisan dan runtuhan pada jalan utama di lokasi terbabit iaitu Jalan Julau Engkamop.

Berdasarkan situasi tersebut, katanya, anggota bomba turut membuat pemantauan di sekeliling kawasan runtuhan dan memasang sawar sawar bagi tujuan keselamatan.

“Hasil pemantau tersebut juga, pihak bomba turut mendapati struktur tanah di kawasan masih tidak stabil dan berisiko untuk runtuh lagi.

“Pihak bomba turut menasihatkan pengadu agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan sekeliling, membuat laporan kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ), Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Julau, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),  Pejabat Daerah Julau dan lain lain agensi yang berkaitan bagi tujuan mendapatkan bantuan,” ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement