Anda di sini

Sang Badak akan beraksi di Keningau 23 April depan

Advertisement
 Rafie ketika meninjau kawasan Kompleks Sukan Keningau bagi persiapan Jelajah Sabah FC.
TINJAU: Rafie ketika meninjau kawasan Kompleks Sukan Keningau bagi persiapan Jelajah Sabah FC.
RAFIE
RAFIE

KENINGAU: Peminat dan penyokong Kelab Bolasepak Sabah (Sabah FC) -Sang Badak di sekitar pedalaman berpeluang menyaksikan sendiri kesebelasan pemain Sabah FC pada 23 April ini di Kompleks Sukan Keningau.

Pengurus pasukan Sabah FC yang juga Presiden Keningau FA, Rafie Robert, berkata, pasukan itu akan mengadakan jelajah perlawanan di tiga daerah di negeri ini.

"Keningau adalah destinasi pertama jelajah ini dan pasukan Sabah FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Keningau FA pada jam 7 malam 23 April depan.

"Selepas Keningau, jelajah perlawanan ini akan diteruskan di Sandakan dan Tawau, ini adalah peluang keemasan peminat dan penyokong kepada pasukan Sabah FC untuk menyaksikan sendiri  pasukan kesayangan mereka beraksi di pedalaman,” katanya.

Menurutnya, sudah tentu pasukan Keningau FA amat teruja dengan perlawanan persahabatan itu dan berharap pemain bimbingan jurulatih Well Apin turut mempamerkan aksi terbaik.

"Jelajah ini juga salah satu penghargaan kepada semua lapisan penyokong di negeri ini, selain  pemangkin kepada pasukan Sabah FC untuk berentap lebih baik dan bersemangat lagi dalam perlawanan di peringkat seterusnya", katanya.

Rafie juga yakin pemain Sang Badak mampu mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan liga akan datang, seterusnya membolehkan mereka menjulang piala kemenangan melintasi Laut Cina Selatan menerusi bimbingan Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

  • oleh
  • Advertisement