Anda di sini

FAS, Lions Club International anjur majlis berbuka puasa bersama pelajar istimewa

Advertisement
 Darren menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
SUMBANGAN: Darren menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

PAPAR: Pertubuhan Food Aid Sabah (FAS) dan Lions Club International dengan Kolaborasi khas Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBK) Daerah Papar menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar istimewa baru-baru ini.

Pengerusi FAS Darren Liew, berkata, tahun ini Sekolah Kebangsan (SK) Surati Papar menjadi tuan rumah penganjuran bersama terhadap aktiviti yang diadakan buat julung kali ini.

“Seramai 100 orang murid istimewa dan lebih 250 orang ibu bapa atau pengiring pelajar dirai dalam aktiviti ini.

“Sepanjang program diadakan, kita juga menyaksikan persembahan dari dua orang pelajar istimewa masing-masing dari SMK Pengalat dan SMK Takis. 

“Kemuncak aktiviti ialah pemberian bubur lambuk yang dimasak bersama dengan Kumpulan KPIBKS Daerah Papar kepada hadirin,” katanya.

Advertisement