Anda di sini

Ewon sampaikan salam takziah kepada Arthur dan keluarga

Advertisement
__alt__

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan salam takziahnya kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Kurup dengan pemergian Tan Sri Joseph Kurup.

Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, UPKO mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu parti yang ditubuhkan oleh mendiang Joseph.

“Dalam kepimpinan, mendiang memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara kita, pemergian ini adalah satu kehilangan, tapi juga satu ingatan terhadap jasa khidmatnya.

“Saya sudah menghubungi saudara Arthur bagi menyampaikan salam takziah saya dan parti UPKO dengan pemergian ayahanda tercinta beliau.

“Saya doakan agar saudara Arthur dan keluarga diberi kekuatan dan penghiburan,” katanya dalam satu perkongsian melalui media sosialnya, Ewon Benedick Official Media di sini.

Ewon berkata, beliau dan pimpinan UPKO akan berkunjung memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Advertisement