Anda di sini

Rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Pasukan bomba semasa menjalankan operasi memadam kebakaran.
PADAM: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi memadam kebakaran.

TENOM: Sebuah rumah dan bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Amboi, Jalan Tenom-Kemabong, di sini.

Kejadian itu turut menyebabkan tujuh kenderaan musnah terbakar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 2 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak di kawasan bengkel kenderaan dan rumah berkenaan sebelum operasi pemadaman dilakukan.

"Rumah dianggarkan terbakar 98 peratus manakala bengkel kenderaan terbakar 100 peratus. 

"Turut musnah terbakar tujuh kenderaan manakala sebuah kereta jenis Perodua Bezza berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Maclean C Madis.

"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran, empat pancutan dan sumber air didapati daripada pili bomba berdekatan.

"Api berjaya dikawal jam 2.25 petang dan operasi tamat sejam kemudian. Tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya.

Katanya lagi, punca dan jumlah kerugian dalam siasatan pasukan bomba.

  • oleh
  • Advertisement