Anda di sini

Pesara polis ditemukan meninggal dunia di tepi pantai

Advertisement
 Mangsa ditemukan maut di tepi pantai.
MAUT: Mangsa ditemukan maut di tepi pantai.

LABUAN: Seorang pesara polis ditemukan meninggal dunia di tepi pantai di kawasan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, di sini.

Mangsa berumur 53 tahun yang berasal dari Sarawak ditemukan terdampar oleh orang awam, pada jam 7.05 pagi.

Ketua Polis Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di pantai.

Katanya, berdasarkan siasatan awal tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa.

“Siasatan mendapati pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama iaitu 10 April lalu untuk tujuan melawat keluarganya dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

“Mangsa dilaporkan keluar kira-kira 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi selepas mangsa tidak pulang ke penginapan lalu keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel dan Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pengesahan kemudian diperolehi daripada Hospital Labuan mengenai penemuan mayat seorang lelaki dan hasil pengecaman mengesahkan mayat terbabit adalah mangsa yang hilang.

“Bedah siasat akan dijalankan hari ini dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga polis menemukan maklumat terbaru mengenai kejadian itu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement