Anda di sini

Empat beranak terselamat dalam kemalangan

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
KEMALANGAN: Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Empat beranak terselamat selepas van yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Pemandu van lelaki berusia 33 tahun, isterinya 31 tahun dan dua lagi anak perempuan dan lelaki hanya mengalamai kecederaan di bahagian kaki dalam kejadian ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.57 tengah malam.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis sedan dan van.

"Kemalangan itu mengakibatkan van terbakar 60 peratus di bahagian enjin dan pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos dan foam.

"Terdapat empat mangsa terbabit dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Evan Bobby.

"Pasukan bomba kemudian membuat rawatan awal seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut. 

"Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 1.25 pagi," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement