Anda di sini

300 hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri

Advertisement
 Juhar (tengah) dan Norlidah (empat kiri) memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
SELAMAT HARI RAYA: Juhar (tengah) dan Norlidah (empat kiri) memotong kek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


KOTA KINABALU: Kira-kira 300 tetamu jemputan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Khamis.

Tetamu kehormat terdiri daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya dan isteri, Datin Seri Panglima Noraini Salleh serta jemaah Menteri Kabinet serta isteri masing-masing di Istana Seri Kinabalu.

Majlis dimulai dengan takbir yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana, Imran Anggun sebelum ke acara jamuan dan disusuli acara memotong kek Hari Raya Aidilfitri.

Selain disajikan pelbagai juadah hari raya, para tetamu juga dihiburkan oleh kumpulan gambus dari Papar dan persembahan nyanyian.

Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni turut beramah mesra, bersalaman serta merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

Advertisement