Anda di sini

YLH Autoworld lancar kenderaan elektrik Ora 7

Advertisement

Pelancaran model EV jenama Great Wall Motor itu turut diadakan serentak di Kuala Lumpur hari ini

(Dari kiri) Anson bersama Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau dan Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Siew Hua menunjukkan tanda bagus bagi kenderaan elektrik GWM Ora 07.
(Dari kiri) Anson bersama Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau dan Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Siew Hua menunjukkan tanda bagus bagi kenderaan elektrik GWM Ora 07.

“Dengan gabungan nostalgia retro dan teknologi canggih, ia mewakili kemuncak pengalaman pemanduan elektrik.” 

Anson Hong Sheng Shiang 
Penolong Pengurus Jualan YLH Autoworld Sdn Bhd
 
Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: YLH Autoworld Sdn Bhd melancarkan Ora 7 iaitu sebuah kenderaan elektrik (EV) dengan teknologi terkini di premisnya, GWM YuLeeHong di Jalan Mendu di sini. 

Pelancaran model EV jenama Great Wall Motor (GWM) itu turut diadakan serentak di Kuala Lumpur hari ini. 

Sementara itu, Penolong Pengurus Jualan YLH Autoworld Sdn Bhd Anson Hong Sheng Shiang dalam ucapannya berkata, pihaknya berbesar hati memperkenalkan Ora 07 yang menjadi tambahan luar biasa kepada landskap kenderaan elektrik di Malaysia.

Menurutnya, Ora 07 bukti komitmen GWM terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam reka bentuk automotif. 

“Dengan gabungan nostalgia retro dan teknologi canggih, ia mewakili kemuncak pengalaman pemanduan elektrik.

“Ora 07 menandakan lembaran baharu dengan menawarkan rakyat Malaysia pilihan menarik yang menggabungkan prestasi, gaya dan kemampanan,” katanya.

(Dari kanan) Anson bersama Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Siew Hua dan Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau mendedahkan harga kenderaan Ora 07 bagi varian Long Range untuk pasaran Malaysia Timur di premis GWM YuLeeHong di Jalan Mendu hari ini.

Jelas Anson, penggunaan kereta elektrik semakin meningkat di Malaysia yang mana negara sudah mula mengimport beberapa kereta elektrik.

“Dengan peningkatan kesedaran tentang isu alam sekitar dan usaha kerajaan untuk mempromosikan kenderaan tenaga bersih, kita menyaksikan peralihan ke arah mod pengangkutan yang lebih mampan.

“Ini kerana Ora 07 dengan julat, prestasi dan ciri keselamatan yang mengagumkan, berada pada kedudukan yang baik untuk menyumbang kepada perubahan positif ini,” katanya.

Beliau turut memberitahu, pelancaran kenderaan Ora 07 semalam menandakan permulaan babak yang menarik bagi GWM YuLeeHong.

“Kita mahu memperkenalkan sebuah kenderaan yang bukan sahaja mentakrifkan semula pemanduan elektrik tetapi juga sejajar dengan wawasan Malaysia untuk masa depan yang lebih hijau.

“Jadi, mari kita bersama-sama merangkul masa depan mobiliti elektrik dan membuka jalan ke arah hari esok yang lebih bersih dan hijau dengan memilih Ora 07,” ujarnya.

Ora 07 ditawarkan dalam dua varian iaitu Long Range dan Performance pada harga masing-masing bermula RM173,110 dan RM193,110 bagi Malaysia Timur. 

Untuk rekod, Ora 07 ialah sebuah EV yang menerapkan rekaan ala fastback dengan sentuhan rekaan moden yang menarik, meminjam aspirasi rekaan sports. 

Dari segi ukuran, model ini mempunyai 4,871mm panjang, 1,862mm lebar dan 1,500 mm tinggi dengan jarak antara rodanya 2,870 mm. 

Di luar, ia dilengkapi antaranya dengan ciri lampu LED rekaan bulat di depan serta rim bersaiz 17 atau 18-inci bergantung varian.

Orang ramai yang ingin melihat sendiri keunikan kenderaan ini, bolehlah mengunjungi GWM YuLeeHong di No.9, Lot 139, Sec 56, KTLD, Jalan Mendu atau menghubunginya di talian 082-426727  atau di Facebook GWM YuLeeHong.

Anson (duduk, dua kanan) bersama Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Siew Hua (barisan dua belakang, tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Sdn Bhd Hong Boon Pau (depan, tiga kiri) bergambar kenangan dengan model Ora 07 di Jalan Mendu hari ini.