Anda di sini

Robert hulur sumbangan kepada empat persatuan kebudayaan

Advertisement
 Robert menyampaikan sumbangan kepada Ahmad Razalie untuk Persatuan Gana Sabah.
SAMPAIKAN: Robert menyampaikan sumbangan kepada Ahmad Razalie untuk Persatuan Gana Sabah.


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik menghulurkan sumbangan dana kepada empat buah persatuan kebudayaan di daerah itu baru-baru ini.


Antara persatuan itu ialah Persatuan Gana Sabah; Persatuan Kujau Sabah; Persatuan Murut Nabai Sabah dan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS).


Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dalam ucapan semasa pertemuan dengan pemimpin empat persatuan itu meminta supaya persatuan itu dapat menjalin kerjasama bagi mengetengahkan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang.


Mengulas lanjut, Robert berharap keempat-empat persatuan dapat duduk semeja untuk berbincang mengenai peranan persatuan masing-masing agar dapat mengelak daripada berlakunya pertindihan.

 Robert menyampaikan sumbangan kepada Yazid untuk Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS).
SAMPAIKAN: Robert menyampaikan sumbangan kepada Yazid untuk Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS).


"Perbincangan bersama adalah penting supaya tidak ada pertindihan dalam satu-satu kebudayaan dan saya harap setiap persatuan juga mempunyai identiti tersendiri sekaligus menonjolkannya agar lebih dikenali, " katanya.


Dalam pertemuan itu, Robert menyampaikan sumbangan dana kepada Persatuan Gana Sabah yang diterima oleh Presidennya Ahmad Razalie Selabin, Persatuan Kujau Sabah diterima oleh Jubirin Sugari mewakili presiden.


Manakala Persatuan Murut Nabai Sabah diterima oleh Presidennya Nuar Selamat dan Persatuan KGNS diterima Timbalan Presiden KGNS Yazid Mohd Hasnan Tawik @Charles.


Ahmad Razalie yang mewakili keempat-empat persatuan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Robert atas sumbangan kewangan itu.


Katanya, sumbangan itu sungguh bermakna kerana menyakini ia berupaya membantu persatuan terutama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang akan dijalankan persatuan masing-masing.

 

  • oleh
  • Advertisement