Anda di sini

PKEM, PKOM dan KEMAS Sri Aman agih 100 bekas bubur lambuk

Advertisement
Rosani (dua kanan) bersama kakitangan dari kedua-dua unit berkenaan bergotong royong memasak bubur berkenaan.
Rosani (dua kanan) bersama kakitangan dari kedua-dua unit berkenaan bergotong royong memasak bubur berkenaan.

SRI AMAN: Sebanyak 100 bekas bubur lambuk berjaya dimasak dan diagihkan menerusi Program Amal Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk bersempena dengan sambutan bulan Ramadan di sini petang Selasa.

Terdahulu program berkenaan telah dianjurkan bersama oleh Unit Pendidikan Masyarakat (PKEM) dan Pembangunan Komuniti (PKOM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman bertempat di Pusat Kelas Jahitan, KEMAS Sri Aman, Taman Sentosa Indah, Sri Aman.

Ketua Penyelaras Program, Rosani Ham berkata, program memasak dan pengagihan bubur berkenaan telah melibatkan seramai 10 orang tenaga kerja dari kedua-dua unit berkenaan yang memasak bubur berkenaan secara bergotong-royong bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang. 

Menurutnya, menerusi program kali ini, pihaknya berjaya memasak bubur berkenaan menggunakan sebanyak 5 kilogram beras sahaja dan berjaya membungkus sebanyak 100 bekas bubur berkenaan.

Katanya lagi, program memasak bubur berkenaan merupakan program tahunan kedua-dua unit berkenaan dan merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab sosial unit berkenaan setiap kali menjelangnya bulan ramadan.

“Pada program kali ini, pihak kita telah berjaya mengagihkan bubur berkenaan kepada beberapa egensi kerajaan di Sri Aman termasuk rakan stategik KEMAS dan juga warga jabatan ini.

“Sebagai Ketua Penyelaras Program, saya ingin menggucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga kerja sepanjang menyediakan juadah ini yang melibatkan kakitangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

“Berpuasa bukan satu halangan untuk kita semua menyediakan juadah ini untuk dikongsikan bersama masyarakat setempat, serta warga jabatan dan rakan-rakan strategik di Sri Aman,”katanya lanjut.
 

  • oleh
  • Advertisement